Pandangan Aplikasi Nokia Nseries PC Suite

Pandangan AplikasiNokia Nseries PC Suite boleh dibuka dari bar tugas Windows atau menu Mula Windows. Ia bertindak sebagai tempat kawalan untuk mengurus sambungan antara PC dan peranti anda dan untuk menggunakan perisian Nokia Nseries PC yang dipasang dari peranti CD. Anda boleh gunakan perisian PC walaupun tidak ada peranti Nokia disambung.

NOKIA image14 Pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite

Kategori aplikasi

Aplikasi telah disusun kepada empat kategori: Foto/Video, Muzik,Internet, dan Alatan. Anda boleh buka kategori aplikasi dengan mengklik ikon sepadan. Untuk memilih kategori berbilang guna Ctrl+click.

Untuk kembali ke tetingkap Sambung atau Segerak , klik anak panah keci di sudut atas kanan. NOKIA image2 Pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite

Aplikasi

Anda boleh membuka aplikasi dengan mengklik  ikon perisian dalam anak tetingkap kategori. Jika anda tidak memilih apa-apa aplikasi daripada kategori tertentu dalam pemasangan, ia akan dipaparkan kosong.

Kegemaran

Untuk membuka anak tetingkap Kegemaran, klik pada anak panah bawah NOKIA image6 Pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite di bawah pandangan.   Anda boleh seret dan letakkan pintasan kegemaran anda di sini.   Anda boleh seret dan letakkan aplikasi dari pandangan Aplikasi, menu Mula Windows, desktop dan Windows Explorer. Klik   anak panah atas NOKIA image5 Pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite untuk menutup anak tetingkap Kegemaran.  

Untuk membuang pintasan klik padanya untuk memilihnya dan kemudian tekan Padam pada papan kekunci. Anak tetingkap Kegemaran boleh menyimpan 8 pintasan pada sesuatu masa.

Tetapan Nokia Nseries PC Suite

Anda boleh menukar tetapan Nokia Nseries PC Suite dan mengakses ciri-ciri berguna lain melalui menu konteks. Untuk membuka menu konteks, klik kanan di mana sahaja pada Nokia Nseries PC Suite.

Nota:

Jika anda telah menyambung lebih daripada satu peranti, pilih peranti yang anda mahu gunakan dari senarai pemilh peranti. Senarai menunjukkan semua peranti yang disambung dan jenis sambungan mereka (kabel atau Bluetooth), jika terdapat banyak.

Lihat juga

Pengenalan kepada Nokia Nseries PC Suite

Nokia Nseries Update Manager

Tetapan Nokia Nseries PC Suite

Sambungkan peranti anda dengan PC.

Pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite