Nokia Nseries Update Manager
Nokia Nseries Update Manager bertanggungjawab memastikan perisian Nokia PC anda dikemas kini. Ia akan menyemak untuk kemas kini perisian, bermula apabila anda mulakan pemasangan Nokia Nseries PC Suite, dan selepas itu secara berkala – atau apabila anda mahu memeriksa situasi. Anda boleh tetapkan kekerapan semakan dalam Tetapan Update Manager.
Apabila Update Manager perhatikan bahawa terdapat versi baru pada pelayan muat turun Nokia, ia akan meminta anda sama ada anda mahu muat turun dan pasang kemas ini.
Pandangan utama Update Manager dilihat sama seperti Pemasang Perisian Nokia Nseries.
Pandangan baru menunjukkan versi perisian dan aplikasi baru tersedia, serta versi dan maklumat bahasa. Alihkan penunjuk tetikus anda di atas nama aplikasi untuk membuka kotak penerangan untuk setiap aplikasi.
Update Manager boleh dibuka dalam beberapa cara:
-
klik kanan pada tetingkap utama Nokia Nseries PC Suite dan memilih Nokia Nseries Update Manager
-
klik kanan pada ikon Nokia Nseries PC Suite dalam bar tugas dan memilih Nokia Nseries Update Manager
-
mengklik dua kali ikon Nokia Nseries Update Manager dalam kategori Internet dalam pandangan Aplikasi Nokia Nseries PC Suite:
Untuk mengemas kini perisian PC Nokia anda:
-
Dalam pandangan Aplikasi Nokia Nseries PC Suite, klik dua kali ikon Nokia Nseries Update Manager dalam kategori Internet .
-
Nokia Nseries Update Manager menghubungi komputer pelayan muat turun perisian Nokia dan mengkaji keadaan.
-
Update Manager dibuka dengan senarai perisian dikemas kini yang dibuka.
-
Klik kotak tanda rait di hadapan nama perisian untuk memilihnya untuk dipasang.
-
Pilih bahasa untuk setiap item perisian, jika bahasa lalai tidak tersedia.
-
Pemasangan Tersuai membuka pakej pemasangan individu untuk setiap perisian dan membolehkan anda untuk menyesuainya..
-
Untuk memulakan pemasangan, klik Pasang.
Nota:
Klik Tetapan untuk menukar tetapan Update Manager.
Lihat juga
Pandangan Aplikasi Nokia Nseries PC Suite
Tetapan Nokia Nseries PC Suite