Sambungkan peranti anda dengan PC.
Perkara pertama untuk dilakukan selepas anda telah memasang Nokia Nseries PC Suite adalah untuk menyambung peranti multimedia Nseries dengan PC. Semua pemacu yang diperlukan untuk peranti anda akan dipasang pada PC anda.
Pandangan Sambung dibuka selepas pememasangan dan kemudian, sekiranya peranti anda tidak disambung. Perhatikan bahawa sesetengah aplikasi Nokia Nseries PC Suite boleh digunakan walaupun jika tidak ada sambungan peranti ke PC tersedia.
Untuk menyambung peranti dengan PC anda:
-
Pastikan bahawa peranti diaktifkan.
-
Bergantung pada jenis sambungan yang anda ingin guna dan apa yang disokong oleh peranti dan PC anda, anda hendaklah
-
-
menyambungkan kabel data ke PC dulu dan kemudian sambung hujung lain kabel ke peranti.
-
mengaktifkan sambungan teknologi wayarles Bluetooth peranti anda.
-
-
Jika anda gunakan kabel data, sambungan dicipta secara automatik. Jika anda gunakan Bluetooth, klik butang Sambung untuk melancar Connection Manager. Anda perlukan lakukan ini hanya apabila anda sambung peranti anda buat pertama kali.
-
Pada peranti Nokia Nseries, pilih mod sambungan “PC Suite” dari senarai pilihan yang dipaparkan.
Selepas menyambung peranti anda dan PC anda, anda bersedia untuk menyegerak datanya. TIni bermakna bahawa anda boleh, sebagai contoh, menyalin janji temu dari PC je peranti anda dan foto anda dari peranti ke PC anda.
Untuk maklumat lanjut, lihat Bantuan Sambungan.
Nota:
Anda boleh beralih ke pandangan aplikasi Nokia Nseries PC Suite dengan mengklik butang kategori aplikasi di atas pandangan ini.
Lihat juga
Soalan Lazim tentang perisian Nokia Nseries
Menyegerakkan peranti dengan PC anda
Nokia PC Sync
Sambungan