Tetapan Single-Click Sync

Tetingkap Tetapan Nokia Nseries Single-Click Sync dibuka pertama kali anda sambung peranti multimedia Nokia Nseries anda dan PC anda dan klik butan Segerak . Anda boleh juga membukanya dengan klik kanan pada ikon Nokia Nseries PC Suite pada bar tugas Windows.

Dalam tetingkap ini, anda boleh menetapkan cara ciri Single-Click Sync akan berfungsi.   Secara lalai, anda boleh menyegerak kalendar, kenalan, item tugasan dan nota antara peranti dan PC anda, dan pada masa yang sama, pindah imej, video, bunyi dan mesej baru dari peranti anda ke PC anda. Tetapan perlu ditetapkan hanya sekali dan ia melibatkan peranti semasa sahaja.

Untuk menetapkan data untuk disegerakkan:

  1. Dalam tetingkap Tetapan Nokia Nseries Single-click , pilih Bolehkan pemindahan item multimedia untuk pilihan imej, bunyi, video dan mesej untuk membolehkan pemindahan menggunakan Single-Click Sync atau menyahpilih untuk menghalang pemindahan automatik.

  2. Pilih   Segerakkan maklumat ini: pilihan untuk membolehkan penyegerakan automatik maklumat kalendar dan kenalan.

  3. Klik Pilih maklumat anda mahu untuk segerakkan butang untuk mengubahsuai tetapan penyegerakan.

 

Nota:

  Aplikasi Nokia Lifeblog perlu dipasang untuk pemindahan data multimedia untuk imej, bunyi, video, mesej untuk berfungsi.

Lihat juga

Pandangan Aplikasi Nokia Nseries PC Suite

Nokia Nseries Update Manager

Nokia PC Sync

 

Tetapan Single-Click Sync