Soalan Lazim tentang Perisian PC Nokia Nseries

Untuk mendapatkan maklumat bagi penyelesaikan masalah berkenaan perisian Nokia Nseries, pergi ke www.nseries.com/support> Support > FAQ Search.

S: Kenapa Nokia Nseries PC Suite / Wizard Get connected tidak mengesan peranti Nokia Nseries saya menggunakan sambung USB?

J: Ini mungkin berlaku jika anda sebelum ini mengeluarkan peranti USB tanpa menggunakan utiliti bekas sistem untuk mengeluarkan peranti. Anda mungkin perlu untuk membut semula kedua-dua PC anda dan peranti Nokia Nseries anda.

S: Saya mempunyai masalah menyambung peranti Nokia Nseries saya menggunakan teknologi wayarles Bluetooth

J: Bluetooth mungkin tidak berfungsi disebabkan tetapan PC (terdapat 2 tindanan Bluetooth, dll). Semak sekali lagi dan kesan semula/imbas semula peranti Bluetooth pada PC.   Semak tetapan peranti Nokia Nseries: secara lalai peranti tidak disorok dan Bluetooth dihidupkan. Jika itu tidak membantu, ia mungkin membantu untuk membut semula kedua-dua peranti PC dan peranti anda.

S: Saya mempunyai masalah dengan Lifeblog.

J: Pemasangan pemacu video terbaru menghalang Lifeblog daripada rosak (sebenarnya bukan Lifeblog secara langsung, tetapi DirectX memerlukan tahap tertentu pemacu, maka yang paling selamat adalah untuk mencari ketersediaan kemas kini pemacu video)

S: Kenapa perisian dipasang dari CD dalam bahasa berlinan daripada yang bahasa pemasangan Nokia Nseries PC Suite yang dipilih?

J: Walaupun jika Nokia Nseries PC Suite disetempatkan, perisian yang dijual bersama pada CD mempunyai tahap penyempatan berlainan (iaitu Adobe Photoshop Album menyokong hanya beberapa bahasa,  Lifeblog tidak ada beberapa bahasa, dll); dalam hal ini, pemilihan bahasa ditawarkan semasa pemasangan (contoh : Windows tidak menyokong bahasa Romania, tetapi pemasangan menyokong; maka saya pilih bahasa Pemasangan Bahasa Romania pada Windows Bahasa Inggeris, PC Suite dipasang secara biasa dalam bahasa Romania, tetapi Lifeblog akan pop-timbul tetingkap dengan menu turun ke bawah, seperti pada permulaan, begitu juga Adobe Photoshop Album.

S: Perlukan saya perlu menyahpasang Nokia PC Suite sebelum memasang Nokia Nseries PC Suite?

J: Menyahpasang apa-apa versi Nokia PC Suite tidak diperlukan.

S: Pemasangan tidak mula secara automotak. Apa harus saya buat?

J: Anda berkemungkinan mempunyai ciri automain dilumpuhkan pada CD/DVDROM; CDROM/DVDROM diperlukan. Jika automain dilumpuhkan, lancar fail *.exe dari direktori akar CDROM – sambungan internet tidak diperlukan.

S: Bahasa apa yang disokong?

J: Bahasa disokong bergantung pada negara anda. Sebagai contoh, CD untuk Amerika Utara tidak termasuk bahasa Eropah. Pakej pemasangan CD disesuaikan untuk sasaran tontonan.

Lihat juga

Sambungkan peranti anda dengan PC.

Menyegerakkan peranti dengan PC anda

Nokia PC Sync

Sambungan

Soalan Lazim tentang Perisian PC Nokia Nseries